Monday, December 10, 2012

Siri Mimpi Ngarut #1

Tiba-tiba aku teringat semula ape yg aku mimpi semalam. Dah la aku ni jenis yg susah nk ingat ape yg aku mimpi. Haha. Then terfikir la nk tulis kat sini ape mimpi2 aku time aku rajin la kan.

Malam td aku mimpi akaun fesbuk aku dicuri aka di hack oleh seseorang. Makin mengarut mimpi-mimpi aku sekarang. Mula2 aku buka wall FB aku, pstu aku tengok DP aku dh bertukar. Kemudian segala info2 aku kat FB tu ditukar oleh peng'hacker' tu. Lepas aku tengok flow tu, aku pun gelabah n berkata 'huh sempat lg ni kalo aku tukar password' utk selamatkan balik acc FB aku tu. Dalam proses aku nk msuk bhgian sekuriti FB tu mimpi pun habisss....

Hehe sekian siri mimpi mengarutku kali ini :P

Tuesday, November 27, 2012

R.I.P #2



Nickname: Blue Delta
D.O.P = 13 Sept 2012
From Pet Shop Dataran Pahlawan, Melaka
Price = RM 3 
Gender = Male
Category: Delta Tail
R.I.P = 20 Nov 2012 (12am-6am)

Dia ni lah merupakan 'pioneer' dlm koleksi ikan2 laga yg len. Kire paling otai la, tp dh pun pergi meninggalkan yg len sbb sakit. 

Sebelum sakit tu, aku dh try 'kawen'kn dia ni, byk jgk telur terhasil tp sume 'epic failed'! haha. Tak lama selepas dr proses mengawan tu la dh nmpak tanda2 dia sakit.

23 Okt 12 -  ni time dia tengah mengawan

 5 Nov 12 - x lama lepas tu, dh nampak tanda2 die sakit, dah x aktif, duk termenung jek, dan tanda paling jelas bile ekor die yang kembang semangkuk tu dh mule putus/koyak sendiri. Tinggal kontot jadinye


7 Nov 12 - tak lama lepas tu, dh nmpk tanda2 putih kat kpala n badan die, plg jelas kat bhgian belah kanan. aku pun trus kuarantin die gune 'anti-inch' yg buatkan air die kaler biru tu. Tu sebenarnye ubat utk anti-spot pd bdn ikan tp dh tu je ubat yg aku ade, bubuh jela. Lepas letak tu die ok jap, white spot tu pun ilang jap. Tp dlm 2 ari lepas tu, tanda putih tu jelas balik kelihatan, aku tukar lg air die pstu ok jap bbrp ari lepas tu ada smule. 

ni video tanda2 dh nk berakhir. Kesian die nk brnafas pun dh susah.

Smpai laku gi KL 18 Nov aritu utk amek jubah konvo, balik je dr kl smpai umah malam 19 Nov, dah nazak rupenye dia. Mmg tggu time jela. Bangun pagi 20 Nov tu aku tgk dh tamat riwayat die.


*ni lah juga sebabnye yg aku start mencari 'daun ketapang' tu sbb daun tu juga dikatakan boleh mengubati ikan yg luka/sakit tp dh terlewat. Daun yg aku kutip yg 'maybe' daub ketapang tu pun aku jumpe sehari selepas kematiannya..... 
Sekian....



Monday, November 26, 2012

OS #2: Sabun Susu Beras

Sometimes online offer yg terlintas depan mata hanya datang sekali...so grab sebelum terlambat :P

Offer sempena Hari Raya Haji aritu, 4ketul sabun RM10 je ^_^
Normal price seketul Rm5, so cmpur postage 4ketul bru RM16, hehe...jimat la jugak tu kn...
klo nk tau kebaikan sabun susu beras search jela sndiri ye :P

*Seller: FB Mira Pak Nasir http://www.facebook.com/amira.mukhlis  

OS #1: Betta Pellet

Kadang2 ape yg kite cari susah nk dapat kat sekitar kite or kalo ade pun x sama mcm apa yg kite cari, so jln penyelesaian beli secara online. Hehe..

So ape isi kandungannye ni? Tadaaaa........


tu dia...! 
1)100g High Quality Black Pellet (x2) 
2)  Brine Shrimp Cysts (artemia cysts)

Ni sume makanan utk ikan2 betta tu ler, High Quality Black Pellet tu katanya bgus utk kesihatan dan tumbesaran ikan. Brine Shrimp pula ialah makanan utk baby betta, brine shrimp ni perlu ditetaskan dulu dengan cara khas sebelum bole jd mkanan anak ikan yg bru lahir.

ni rupa Brine Shrimp yg telah ditetaskan

Online Shop: bettahut.weebly.com

Saturday, November 24, 2012

Pencarian diteruskan.....

Ketika berada di Tmn Bunga Ros, JB, aku terpandang buah dr 1 pokok ni yg gugur atas jalan, tibe2 terdetik 'e'eh, ni macam buah pokok ketapang yg aku tgk kat internet tu', aku pun tgk la pokok tu, jgn2 ni kot pokok ketapang tu.

ni ler daun yg aku pi kutip tu (kutip ritu segar tp sbb dh byk hari bru amek gmba dh layu kering pn hehe)

Sebenarnya mmg aku xtau pun rupe sebenar die mcm mn, men agak2 jela, tgk rupa daun pun lbih kurang je mcm yg aku tgk kat internet tu. Dgn semangat beriya la aku petik dlm 7 helai daun tu bwk balik umah. Smpai umah search internet, skali baca punye baca, rupenye kutip daun yang kering daaa. Hahaha hampeh betul, punyela semangat aku petik daun yang molek2 even x pasti lg btul ke tak daun tu daun ketapang...hehe

Untuk pengetahuan ramai, daun ketapang dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk ikan peliharaan termasuk ikan pelaga/betta. antara khasiat daun ketapang ialah:
1) Menurun/menstabilkan PH air
2) Baik untuk mengoptimumkan kesihatan ikan peliharaan
3) Mencantikkan badan/sirip ikan serta mampu merawat luka pd ikan pelaga spt selepas proses mengawan

#dari pembacaan, daun ketapang juga merupakan daun pembungkus tempe.

Thursday, November 22, 2012

Choosing between Bad and Worst



Melihat ucapan Obama ni, teringat aku ketika sekitar kempen Pilihanraya Presiden US antara Obama VS Romney tempoh hari, dalam Buletin Utama ada menayangkan temuramah komen salah seorang pembesar Palestin berkenaan pilihan siapa yang akan menang, respon beliau:

"We have to choose between the bad and the worst". 


Syukur Genjatan senjata berjaya dicapai pada 22 Nov 2012, jam 3 pagi waktu Malaysia. Namun sampai bile lakonan Israel tu mampu bertahan kite saksikan, kerana terbukti Israel puak yang tidak pernah patuh pada undang-undang.

Semoga 'Tom' selamat ditemui =)


Lokasi: Tiang TNB LB 3

Dinyatakan hilang sejak 28 Dec 2011, harap-harap Tom dah kembali ke pangkuan tuannya. 1st time aku jumpe poster mencari pets yang hilang, sekali pandang mcm lucu tapi ini menunjukkan kesungguhan tuan Tom sayang akan haiwan peliharaan dia. -Sekian-

Friday, November 16, 2012

Namun Betta Fish Punya Hati


Sedangku berlegar-legar di laman Youtube mencari video mengenai 'breeding tank for betta', tibe2 ternampak tajuk video ni di senarai Featured Videos' yang tersenarai kat sebelah kanan page video youtube tu. Hmm nampak mcm menarik, aku pun bukak la.

Dimuat naik oleh Mr.Luimeril pd 15/4/2011. Jika dihayati memang betul apa mesej yang ingin disampaikan, cara penyampaian mesej juga dilakukan dengan cara kreatif. Kpd sesiapa yang pernah ke kedai menjual ikan peliharaan pasti mengiyakan realiti ini. Namun nk buat mcm mn, jika semua orang kat dunia ni mempunyai tahap belas kasihan/peri kemanusiaan yang sama dah tentu dunia ni akan aman sejahtera kan. 

Semoga kita mempunyai kesedaran bahawa even sometimes harganya just RM 2 tapi dia tetap makhluk bernyawa. Selamat Menonton ^_^
  -Namunmu Punya Hati-
REMINDER! : jgn sesekali lagakan mereka! TQ. 

Wednesday, November 14, 2012

Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah 1434H



                       

Salam Tahun Baru 1434H.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Hijrah satu perjuangan, Hijrah satu pengorbanan.

Sempena melangkah ke tahun baru marilah kita bersama-sama bermuhasabah dengan terus perbanyakkan sujud menghambakan diri kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan mengecapi nikmat Iman dan Islam.

Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa, jadi kita hendaklah sentiasa merintih dan terus bermuhasabah menginsafi dosa lalu, untuk dijadikan sebagai pengajaran dan sempadan bahawa lemahnya jiwa kita bila berdepan dengan nikmat dan godaan dunia, dari terus lalai dari mengingati Pencipta kita.

 Rasulullah SAW telah membuktikan melalui penghijrahan agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda menuju ke Kota Madinah semata-mata kerana memenuhi tuntutan menegakkan sebuah negara setelah disisihkan di negara sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam. Biar pun hijrah bersama baginda telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhaan Allah tetap berkekalan sehinggalah hari kiamat.

Sumber: Jabatan Penyelidikan dan Perundingan Syariah, Bank Rakyat.

Abu Hurairah r.a. berkata:

Setiap kali datangnya tahun baru,
membuat aku risau dan resah, kerana
'semakin singkat umurku,
semakin dekatnyajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku,
semakin dekatnya hari penghitunganku...'

Ingin dapatkan "Risalah Khas Maal Hijrah 1434H"? Download di laman web Jakim http://www.islam.gov.my/risalah-khas-maal-hijrah-1434h-wasatiyyah-tonggak-kesatuan-ummah

Tuesday, November 13, 2012

New home for Bluefin!

woot wooottt! Bluefin got his new home..hehe

sebiji tong kayu usang yang dipercayai telah karam selama 63 tahun yg lalu di Selat Melaka kini menjadi habitat baru seekor Halfmoon Long-finned Betta, Si Bluefin. Hahaha

Wednesday, November 07, 2012

Introduced My AquaSeries #1

#fyi sudut akuarium still under construction :)

Post 'aquaseries' akan berkisar tentang minat terbaru sy, iaitu dunia ikan perhiasan a.k.a ikan pelaga/betta fish. Gamba di atas ni ialah my main aquarium that fully complete renovated. Ini bru gamba muqadimah je, hehe.

Now lets move to next stage iaitu sesi perkenalan dengan penghuni-penghuni post aquaseries :) Jumlah rasmi penghuni aquaseries dirahsiakan stakat ini, dan akan diperkenalkan satu-persatu dalam entri-entri yang berbeza ye. Harap maklum :P



 Nickname: Bluefin
Price: RM 28, mintak less dpt RM 25
Date purchased: 25 Sept 2012
Gender: Male

Setakat masa ni, ni lah salah 1 drpd ikan termahal yg telah dibeli...sekor lg pun sama harga dengan yg ni...tu pun sebab beli 2 ekor serentak bru tokey tu nak bagi less sekor RM 25, kalo tidak memang singgit pun apek tu xmo kasi kureng. Haiya apek!

Namun berdasarkan kondisi, memuaskan jugak la. Boley duduk top rank la stakat ni, sedap mata memandang :P

Penghuni aquaseries seterusnya akan muncul di post yang lain pula ye...setia menanti ^_^

Thursday, November 01, 2012

Spot the Error #1

Lokasi: Lebuhraya P.Gudang

#picture tak sharp sebab snap atas moto

Sunday, October 28, 2012

Sang Pujangga #1

Yang paling tenang.....
.....yang paling banyak untungnya
Yang paling emosi.....
.....adalah yang paling rugi :)

-Renung2kan-

Sunday, September 23, 2012

Make ur 'Click' Meaningful

Memandangkan keengganan pihak Youtube memberhentikan penayangan apa-apa saja yg berkaitan dengan filem 'Innocent of Muslims' jadi kita yang keje duk on9 je ni ringan2 jari jemari untuk click button 'Flag as inappropriate' and select reason 'promotes hatred & violence' then select 'religion'.
Insyaallah akan ada tindakan dari team youtube...tak kirala apa tajuk/content video clip berkenaan since ada terselit clip movie berkenaan kita harus tentang...
berjuang tak semestinya dengan mengangkat senjata....better than never
-Wassalam.

Wednesday, August 22, 2012

Removing Jersey During Match

"Impossible Without You"

Article 91 of regulations enforced by the newly-established Competition Committee state that a shirt "displaying any kind of advertising, slogan legend, acronyms, logos or pictures, whatever its contents or purpose, shall be punished with a minimum fine of 2,000 to 3,000 Euros and a reprimand." 

Friday, August 17, 2012

Renungan Ramadan #3: Doa Utama

Ramadan bulan penuh keberkatan, mohonlah apa sahaja yang kita hajati; panjang umur, murah rezeki, nak kaya, hidup bahagia, dan sebagainya NAMUN utamakanlah doa yang ini dahulu:


Sabda Nabi Muhammad SAW.

"Rugilah orang yang sempat hidup sehingga Ramadan namun gagal mendapat pengampunan dari-Nya". (hadis riwayat Kaab bin Ujrah)

Sama-samalah kita bermohon kepada Allah dan semoga kita diketemukan dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Lailatul Qadar. InsyaAllah.

Renungan Ramadan #2: Ibarat Solat Sepanjang Malam

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Nasai, Imam Ibnu Nashr, dari Abu Dzar dengan sanad shahih.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Barangsiapa bersolat Terawih berjemaah bersama imam, dan sehingga selesai bersama-sama dengan imam, maka ia bersamaan baginya solat sepenjang malam pada malam berkenaan".

Saturday, August 04, 2012

Renungan Ramadan #1: Nilai Pahala




Salam 15 Ramadan....Alhamdulillah separuh dari perjalanan Ramadan Allah telah pertemukan kepada kita.

Kita dapat mengenali nilai wang ringgit,
Kita dapat menilai harga saham,
Kita dapat menilai harga emas perak,
Tapi pernahkan kita kenal nilai PAHALA?

#jangan kerana hanya kurangnya 1 pahala ketika timbangan di akhirat nnti menyebabkan langkahan kita untuk ke Syurga Allah tersekat....pada masa itu siapakah yang kita ingin cari untuk melengkapkan kekurangan itu? ahli keluarga? isteri? anak-anak?
Oleh itu tuailah sebanyak mungkin pahala ketika di dunia terutama di bulan Ramadan ini yang mana segala amalan kita dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

-Wallahua'lam-

Sunday, July 22, 2012

Jawatan Kosong?

Sedang mencari kerja??
Meh sini ada iklan nak tolong promo...

=================
JAWATAN KOSONG
=================
Syarat memohon:
1. Ada sijil minimum SPM.
2. Ada pertalian persaudaraan dengan staf sedia ada.

Jika anda memenuhi syarat di atas, TAHNIAH permohonan anda BERJAYA!

*Gudluck kepada semua penganggur, termasuk diri ini juga ^_^

Officially Graduated~



Salam Ramadhan Al-Mubarak :)
Lama tak post apa2 kat blog...harap2 lepas ni dpt konsisten la membuat coretan..

6 Julai 2012, tamatlah pengajian Ijazah Sarjana Muda aku pada usia 23 tahun. Kini menanti hari graduasi dan juga panggilan kerja. Mcm2 dugaan, cabaran, dan kenangan dilalui dari SPM, STPM, sampai ke UiTM.  Mcm2 aliran juga dah aku lalui, SPM aliran Sains Tulen, STPM plak dah aliran Sastera, then alhamdulillah further study Business Management (Finance). Yang penting semua perjalanan itu di atur oleh Yang Maha Esa.

Study kat UiTM yang paling berbeza bagi aku sebab sblum ni study semua kat rumah je...kat UiTM la baru belajar campus life, duduk kolej, duduk rumah sewa, duduk sendiri jauh dari family. Semester akhir (semester 6), aku praktikal, satu lagi pengalaman bernilai kat ASNB JB. Pengalaman bekerja, maklumla org x pernah bekerja sblum ni. Kenangan kat situ sangat seronok! Bos, cik Man, En. Samsi, kak Lina, kak y Yanie, kak Nor, diorg sume awesome! dan teringin rasanya utk bekerja bersama mereka satu hari nanti, InsyaAllah.

Lepas praktikal, proses menyiapkan Thesis plak, bercelaru hidup nk siapkan bende tu...dalam masa 9 hari 3 kali aku berulang JB-Melaka...time tu JB-Melaka dh ibarat mcm Ayer Keroh-Alor Gajah je aku lenjan...syukur advisor PM Dr. Arifin sgt baik dan berpuas hati dengan hasil thesis aku. 2nd advisor pun not bad baiknye walaupun terpaksa hantar Final Report tu sampai ke depan pintu rumah dia..haha.. Malam 2 Julai selesai Viva, walaupun aku menyiapkan slide dlm tempoh hanya 1 jam! Finally selepas proses penambah baik report, 6 Julai CD mengandungi Thesis berjaya dihantar ke Advisor dan Unit Praktikal. Kat atas tu la gambanye utk kenang-kenangan :)

Semoga lepas ni dapat offer peluang pekerjaan yang baik pula, InsyaAllah.
-Wassalam-

Sunday, January 22, 2012

Lion Dance Culture Shock: Happy CNY :)


Zaman dah berubah, Dunia dah maju....
Pengaruh Barat memang hebat kan, sampai terserap dalam lagu Tarian Naga ni...hehe
Best jugak, saksikanlah~

Thursday, January 19, 2012

Jalan-jalan Jumpe Video...haha mantap!


Masa aku berlegar-legar di ruang Youtube, tibe2 aku terjumpa plak video ni....
hahaha memang mantap analisa yang di tunjuk ni...korg tgk dan evaluate la sendiri ^_^

-Ada mata pandang,
Ada telinga dengar,
Ada mulut diam :)

Wednesday, January 11, 2012

Skema Itu AKU


Sahsiah Rupa Diri? Itu la perkara yang aku telah bangkitkan sebelum cuti 'midterm' sesi Sept'11-Jan'12 tempoh hari...bunyinye sangat skema tp ade aku kesah?

Bagi orang yang terasa pedas pasti tak suke...tapi skema2 topik ni pn aku rse dalam group KBM ni la antara topik paling hangat didiskusikan ramai student KBM...tgk jela hasil 'like' yg brjaya dikumpul....hahaha

bermacam pandangan, cadangan dan kritikan yg telah disuarakan bermula dengan isu ini...ni bukan untuk cari publisiti or nk tunjuk baik, cuma tujuan asal aku sbnarnya dituju kpd bbrp kelompok umat manusia yg telah hilang identiti diri kot di kampus bandar yg tersergam indah di atas bumi melaka ini....sgt jelek dan menjengkelkan!

mesej dalam status ni simple, just cadangan utk menguatkuasakan kembali sesuatu yang telah termaktub, bukan utk menggubal/mewujudkan sesuatu yg baru pun...maklumlah sesungguhnya manusia itu dalam kealpaan :)

hasil daripada isu ni mendapat perhatian MPP dan sejurus naik cuti midterm ada nmpk penguatkuasaan bermula...walaupun masih ada yg terlepas tp sekurang-kurangnya ada respon/tindakan...walaupun ada plak post berbaur tidak puas hati dgn kewujudan status aku ni slps itu, tp ternyata ilmu kamu belum cukup matang ....haha
ape2 pun Terima KAsih atas sokongan ramai demi imej UiTM dan imej anak bangsa kita...

"di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"
-UiTM di Hatiku-

Wednesday, January 04, 2012

Dugaan 43 jam selepas detik 2012


Keluar buat seketika (tanpa hujan), tp setiba dirumah dengan meredah hujan lebat...inilah hasil yang aku perolehi...

Dari semester 2 lagi aku dah lali dengan masalah bilik bocor ni, tp kali ni yang paling mencabar mental aku sbb for the 1st time air tu menitik betul-betul atas keyboard laptop aku...memang terus kene maki seranah la tuan rumah aku ni...sebelum-sebelum ni normal dh tilam lencun, carpet lencun, buku basah, meja dh naik nk kembang...tp bile kene laptop memang aku hangin tahap dewa!

Nasib ko la tuan rumah oi halal ke tak makan portion duit rumah dari aku kali ni...

"Dugaan Hebat bagi Orang yang Hebat"

Tuesday, January 03, 2012

Kotak & Kandungan Kotak: 2 Entiti Berbeza

Hasil print screen ni bukan dr 'edit' photoshop, tp situasi sebenar di page fb DDR oleh seorang budak yg dh xde keje len nk buat agaknya...

Idea yg agak kurang sopan tp bernas 'memanipulasikan' perkataan.

Just click pd picture di atas untuk melihat perbedaan antara 'Kotak & Kandungan Kotak'...hahaha ^_^

Monday, January 02, 2012

Pemergian Tokoh Kewangan: Produk ITM


Kuala Lumpur 2 Jan - Jenazah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur 1984-2003 (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang di sini petang ini.

Mohd Salleh,62, meninggal dunia kira-kira 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat barah usus dan kegagalan buah pinggang.

Jenazah tokoh ekonomi itu disemadikan kira-kira 5.30 petang sejurus selesai solat jenazah yang menyusuli solat Asar di masjid tersebut.

Antara yang menziarah jenazah Allahyarham yang dibawa ke rumah ibunya di Kampung Pasir, Huku Kelang ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Abdul Rahman Sulaiman. - BERNAMA

# Beliau merupakan produk ITM (kini UiTM)

Apapun, semoga idea dan wadah perjuangannya dalam melihat ekonomi Melayu berkembang dapat dijadikan panduan bersama.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan didoakan semoga arwah Dato Salleh Majid dirahmati Allah SWT.

Sunday, January 01, 2012

Happy New Year 2012

Salam Tahun Baru 2012,
simply said something new waiting ahead, and something better to be done~
Yang lepas sudah menjadi sejarah,
Sejarah tak boleh diubah tapi boleh mencipta sejarah yang lebih baik~

2012, tahun yang aku ingin
1. perkemas lagi personal financial planning
2. menempuh alam praktikal
3. Insyaallah memulakan alam pekerjaan
4. membantu keluarga
5. menjadi khalifah yang lebih baik
-InsyaAllah-