Wednesday, November 14, 2012

Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah 1434H



                       

Salam Tahun Baru 1434H.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Hijrah satu perjuangan, Hijrah satu pengorbanan.

Sempena melangkah ke tahun baru marilah kita bersama-sama bermuhasabah dengan terus perbanyakkan sujud menghambakan diri kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara dan mengecapi nikmat Iman dan Islam.

Sebagai seorang manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan dosa, jadi kita hendaklah sentiasa merintih dan terus bermuhasabah menginsafi dosa lalu, untuk dijadikan sebagai pengajaran dan sempadan bahawa lemahnya jiwa kita bila berdepan dengan nikmat dan godaan dunia, dari terus lalai dari mengingati Pencipta kita.

 Rasulullah SAW telah membuktikan melalui penghijrahan agung baginda dengan meninggalkan Kota Mekah bumi kelahiran baginda menuju ke Kota Madinah semata-mata kerana memenuhi tuntutan menegakkan sebuah negara setelah disisihkan di negara sendiri kerana menegakkan cara hidup Islam. Biar pun hijrah bersama baginda telahpun berakhir, namun tuntutan hijrah dalam konteks meninggalkan segala maksiat dan menuju keredhaan Allah tetap berkekalan sehinggalah hari kiamat.

Sumber: Jabatan Penyelidikan dan Perundingan Syariah, Bank Rakyat.

Abu Hurairah r.a. berkata:

Setiap kali datangnya tahun baru,
membuat aku risau dan resah, kerana
'semakin singkat umurku,
semakin dekatnyajalku,
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku,
semakin dekatnya hari penghitunganku...'

Ingin dapatkan "Risalah Khas Maal Hijrah 1434H"? Download di laman web Jakim http://www.islam.gov.my/risalah-khas-maal-hijrah-1434h-wasatiyyah-tonggak-kesatuan-ummah

No comments: