Tuesday, November 05, 2013

Tips Saham: Trading Starter Kits!

Khusus kepada mereka yang bertanya, entri ini spesel untuk anda. Ye anda di sana ;)


Sedikit Intro;
Siapa saya? Remiser? Dealer? analyst?
Saya mula mengenali dunia saham sejak awal tahun 2009, menuntut dengan seorang guru. Sangat mentah, bermula dengan belajar cara transaksi jual beli dilakukan, bagaimana margin harga, dan beli berdasarkan saranan/tips dari remiser sendiri. Kaunter pertama belian ialah BORNOIL, alhamdulillah permulaan langkah kanan dengan untuk anggaran untung RM300. Kemudian mula belajar sedikit-sedikit tentang latar belakang company khususnya dalam terms 'Syariah'. Itu sangat penting ye. Kaunter lain yang pernah disentuh seperti Ramunia(kini THHeavy), Pelikan, KNM, Saag, MClean, DBE, CNI, BoilerM, Mpay, serta Hibiscus. Dari membeli kaunter sedia tersenarai kemudian belajar membeli saham terbitan awam (IPO). Untung dan Rugi lumrah saham. Rekod kerugian tertinggi adalah dalam RM 1500 dengan belian pada 27 sen dan jual pada 7.5 sen. Bukan kedekut memberi saranan kepada rakan tapi since ia melibatkan wang anda, saya amat berhati-hati. Keuntungan anda kegembiraan saya, kerugian anda kerisauan saya.

Bagi yang ingin mula melabur, semoga tips di bawah dapat dijadikan pertimbangan & panduan:

1) Berani berhadapan risiko kerugian, 'Loss is a Learning Process'

2) Bagi yang ingin mulakan pelaburan, disarankan duit yang anda ingin gunakan untuk melabur adalah duit lebihan anda, bukan duit yang anda nak guna 2 - 3 bulan akan datang. Ini kerana sifat panik akan muncul bila berlaku kemungkinan tidak diingini selepas duit itu digunakan membeli saham.
#antara cadangan cara melihat keberkesanan aktiviti pelaburan anda, ketepikan antara RM 1-5k, dudukkan modal tu dalam CDS akaun anda dan jangan diusik, kemudian trade menggunakan/rolling modal berkenaan supaya lebih mudah monitor hasil pelaburan anda kemudian hari. 

3) Lebih prefer kepada pelaburan long-term. Kontra sangat mengundang padah.

4) Sekurang-kurangnya tahu latar belakang/bisnes kaunter yang ingin dibeli. Sekali lagi diingatkan pilihlah yang Syariah Compliant kerana sekitar 88% kaunter tersenarai di Bursa adalah Syariah. Halalan Toiyiba!

5) Tahu target price kaunter yang ingin dibeli, boleh tanya atau akan diberitahu oleh dealer kita. Kita juga bole set harga target kita selepas itu selepas mengambil kira modal sendiri tolak fees jual beli.

6) Dapatkan remiser/dealer yang MESRA pelanggan. Mudah anda communicate nanti.

7) Kikis sifat tamak, kerana Kesabaran membuahkan hasil.

Setakat ini. kaunter kesayangan saya ialah 5209 & 5219!! Sayang ketat-ketat! Hehe

Sunday, October 13, 2013

Sunnah Puasa Hari Arafah

"Puasa pada Hari Arafah, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang".
(Hadith Riwayat Muslim)

*Hari Arafah adalah 9 Zulhijjah bersamaan 14 Oktober 2013 (Isnin).

Wednesday, October 09, 2013

Sehari Selembar Sehari Sehelai #2

Kata pujangga kedua untuk pedoman kita bersama;

Dalam komuniti manusia akan ada terselit binatang,
tetapi
Dalam komuniti binatang tidak ada terselit manusia.



Renung-renungkan dan selamat beramal ^_*

Tuesday, October 08, 2013

Sehari Selembar Sehari Sehelai #1

Kini dikongsikan pula siri kata-kata pujangga untuk kita berfikir sejenak;

Sewaktu lahirmu, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum, 
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal dunia, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.



Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

Wednesday, July 24, 2013

Pintu Tandas Masjid di Bakar

Salam 15 Ramadan,

Semalam sejurus selepas solat Isyak, dimaklumkan 6 pintu tandas Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti telah dibakar secara sengaja oleh individu tak bertanggungjawab dan kejadian berulang utk kali kedua selepas dibaiki. 

ape la masalah manusia zaman sekarang ni, jangan sampai tertangkap dan dibelasah separuh nyawa pastu nk claim yang memukul tu tak berperikemanusiaan plak ye.

Peringatan dari jawatankuasa masjid, jika kejadian masih berulang, pihak jawatankuasa mungkin terpaksa melakukan solat Hajat demi memelihara harta masjid yang merupakan harta muslimin muslimat sekalian.

Monday, April 22, 2013

Extra Concern

As-Salam,

Zaman era laman sosial ni, most of us sgt prihatin orangnye, pantang nampak something interesting, hot news, trus click "share"....nk kongsi kat membe2 especially dlm fren list lettew...tp pastikah anda any news or info yg dikongsi itu shahih khabar dan sumbernya? bukan ape, menyebarkan sesuatu tu biarla betul supaya tidak ada yang terkeliru mahupun salah sangka....al-maklum la zaman2 media sosial ni wujud juga la 'ulama fesbuk', 'doktor fesbuk', 'penganalisa fesbuk', mcm2 lg la yg lulusan/pentauliahan fesbuk ni. *(sy menyebut fesbuk shj krn sy hnye mggunakan fesbuk hrp maklum).

Syukur kerana di UiTM sy telah belajar ilmu 'citation' and 'quotation', semoga ilmu itu bermanfaat, terima kasih UiTM...hehe

Jadilah warga yang prihatin lagi berilmu... ^_^

Monday, February 25, 2013

Terlebih Bijak

ini lah die jadinya bila kepakaran telah disalah gunakan, sampai website JAWI pun nk di hacknye....even ada rasa x puas hati pun pegi la hack page2 yg lebih teruk merosakkan umat Islam masa kini tu...hmmm payah2!

website: http://www.jawi.gov.my/
tarikh: 03 Febuari 2013