Friday, November 22, 2013

Daulat Tuanku! Ulangtahun Keputeraan Baginda Sultan Johor ke-55


Mari kita dengarkan Lagu Bangsa Johor yang menjadi kebanggaan kita sebagai Rakyat Johor Darul Ta'zim.


Tuesday, November 05, 2013

Salam Awal Muharam, 1435H: Jalan Menuju Cinta Allah


Cinta Allah sumber segala cinta. Jika kita memiliki cinta Allah, beerti kita memiliki segala-galanya. Ini kerana Allah Pencipta dan Pemilik segalanya. Apabila Allah cintakan seseorang, Allah akan sentiasa bersamanya. Ketika itu hamba yang miskin akan berasa kaya, yang hina akan berasa mulia, yang jahil akan berasa berilmu, yang lemah akan berasa kuat, dan yang sedih akan berasa bahagia. Jika kita inginkan kasih sayang, Allah bersifat al-Rahman dan al-Rahim. Jika kita inginkan keadilan, Allah Maha Adil. Sebutlah apa sahaja yang kita inginkan, Allah punya segalanya. Pada cinta Allah lah adanya segala kekayaan, keadilan, kekuatan, kemaafan, dan lain-lain yang sangat kita inginkan dalam kehidupan.

Imam Ghazali menegaskan: "Jika Allah bersamamu, maka jangan takut pada sesiapa pun, akan tetapi jika Allah sudah tidak lagi bersamamu, maka siapa lagi yang boleh diharapkan olehmu?" 

Allah berfirman: "Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengumumkan perang terhadapnya daripada-Ku. Tidak ada yang paling Aku cintai daripada seorang hamba kecuali beribadah kepada-Ku dengan sesuatu yang telah Aku wajibkan kepadanya. Adapun jika hamba-Ku selalu melaksanakan perbuatan Sunat, nescaya Aku akan mencintainya. "Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarnya yang dia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatan yang dia melihat dengannya, menjadi tangan yang dia memikul dengannya, menjadi kaki yang dia berjalan dengannya".
"Jika dia memohon kepada-Ku, nescaya akan Aku berikan dan jika dia meminta ampun kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni, dan jika dia minta perlindungan kepada-Ku nescaya akan Aku lindungi". (Riwayat al-Bukhari)

Cinta Allah wajib dimiliki oleh setiap manusia demi kebaikan dunia dan akhirat. Cinta Allah sangat berharga dan cara untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Sudah menjadi Sunnatullah, sesuatu yang berharga pasti sukar untuk mendapatkannya. Sukarnya untuk mendapat cinta Allah kerana ia terpaksa melalui pengorbanan. Cinta dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan. Bagi orang mukmin, berkorban satu kewajipan. Berkorban itu wajib kerana wajibnya kita mendapat cinta Allah. Seorang mukmin akan sanggup kehilangan sesuatu yang kurang berharga untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga. Dia akan rela mengorbankan sesuatu yang kurang penting untuk mendapat sesuatu yang lebih penting. Orang Mukmin akan sanggup mengorbankan kenikmatan dunia yang sementara dan sedikit ini untuk mendapat kenikmatan akhirat yang lebih baik dan kekal. Mereka sanggup mengorbankan cinta makhluk yang tidak kekal dan rapuh demi meraih cinta Allah yang abadi dan teguh. Sesungguhnya cinta itu buta. Buta kepada sebarang kesusahan semasa melakukan pengorbanan demi mendapat cinta kekasihnya. Kata hukama: "Cinta tidak pernah berkata tidak". Maka begitulah cinta orang yang beriman, tidak pernah berkata tidak pada kehendak kecintaannya (Allah).

Firman Allah: "Tidak ada ucapan orang Mukmin itu apabila diajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dalam kalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh". (Surah al-Nur [24] ayat: 51)

Bagi orang Mukmin, kemuncak cinta Allah ialah bertemu dengan Allah. Pertemuan dengan Allah akan berlaku di dalam Syurga. Oleh itu, orang Mukmin berlumba-lumba untuk berkorban demi ditempatkan di dalam Syurga. 

Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah: "Sesungguhnya, Allah telah membeli daripada orang Mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka". (Surah al-Tawbah (9) ayat: 111)


Sumber:
 Pahrol Mohamad Juoi, Cinta itu Berkorban, 
Majalah Solusi, Isu No.60, Mukasurat.16

Tips Saham: Trading Starter Kits!

Khusus kepada mereka yang bertanya, entri ini spesel untuk anda. Ye anda di sana ;)


Sedikit Intro;
Siapa saya? Remiser? Dealer? analyst?
Saya mula mengenali dunia saham sejak awal tahun 2009, menuntut dengan seorang guru. Sangat mentah, bermula dengan belajar cara transaksi jual beli dilakukan, bagaimana margin harga, dan beli berdasarkan saranan/tips dari remiser sendiri. Kaunter pertama belian ialah BORNOIL, alhamdulillah permulaan langkah kanan dengan untuk anggaran untung RM300. Kemudian mula belajar sedikit-sedikit tentang latar belakang company khususnya dalam terms 'Syariah'. Itu sangat penting ye. Kaunter lain yang pernah disentuh seperti Ramunia(kini THHeavy), Pelikan, KNM, Saag, MClean, DBE, CNI, BoilerM, Mpay, serta Hibiscus. Dari membeli kaunter sedia tersenarai kemudian belajar membeli saham terbitan awam (IPO). Untung dan Rugi lumrah saham. Rekod kerugian tertinggi adalah dalam RM 1500 dengan belian pada 27 sen dan jual pada 7.5 sen. Bukan kedekut memberi saranan kepada rakan tapi since ia melibatkan wang anda, saya amat berhati-hati. Keuntungan anda kegembiraan saya, kerugian anda kerisauan saya.

Bagi yang ingin mula melabur, semoga tips di bawah dapat dijadikan pertimbangan & panduan:

1) Berani berhadapan risiko kerugian, 'Loss is a Learning Process'

2) Bagi yang ingin mulakan pelaburan, disarankan duit yang anda ingin gunakan untuk melabur adalah duit lebihan anda, bukan duit yang anda nak guna 2 - 3 bulan akan datang. Ini kerana sifat panik akan muncul bila berlaku kemungkinan tidak diingini selepas duit itu digunakan membeli saham.
#antara cadangan cara melihat keberkesanan aktiviti pelaburan anda, ketepikan antara RM 1-5k, dudukkan modal tu dalam CDS akaun anda dan jangan diusik, kemudian trade menggunakan/rolling modal berkenaan supaya lebih mudah monitor hasil pelaburan anda kemudian hari. 

3) Lebih prefer kepada pelaburan long-term. Kontra sangat mengundang padah.

4) Sekurang-kurangnya tahu latar belakang/bisnes kaunter yang ingin dibeli. Sekali lagi diingatkan pilihlah yang Syariah Compliant kerana sekitar 88% kaunter tersenarai di Bursa adalah Syariah. Halalan Toiyiba!

5) Tahu target price kaunter yang ingin dibeli, boleh tanya atau akan diberitahu oleh dealer kita. Kita juga bole set harga target kita selepas itu selepas mengambil kira modal sendiri tolak fees jual beli.

6) Dapatkan remiser/dealer yang MESRA pelanggan. Mudah anda communicate nanti.

7) Kikis sifat tamak, kerana Kesabaran membuahkan hasil.

Setakat ini. kaunter kesayangan saya ialah 5209 & 5219!! Sayang ketat-ketat! Hehe

Sunday, October 13, 2013

Sunnah Puasa Hari Arafah

"Puasa pada Hari Arafah, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang".
(Hadith Riwayat Muslim)

*Hari Arafah adalah 9 Zulhijjah bersamaan 14 Oktober 2013 (Isnin).

Wednesday, October 09, 2013

Sehari Selembar Sehari Sehelai #2

Kata pujangga kedua untuk pedoman kita bersama;

Dalam komuniti manusia akan ada terselit binatang,
tetapi
Dalam komuniti binatang tidak ada terselit manusia.



Renung-renungkan dan selamat beramal ^_*

Tuesday, October 08, 2013

Sehari Selembar Sehari Sehelai #1

Kini dikongsikan pula siri kata-kata pujangga untuk kita berfikir sejenak;

Sewaktu lahirmu, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum, 
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal dunia, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.



Fikir-fikirkan dan selamat beramal :)

Wednesday, July 24, 2013

Pintu Tandas Masjid di Bakar

Salam 15 Ramadan,

Semalam sejurus selepas solat Isyak, dimaklumkan 6 pintu tandas Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti telah dibakar secara sengaja oleh individu tak bertanggungjawab dan kejadian berulang utk kali kedua selepas dibaiki. 

ape la masalah manusia zaman sekarang ni, jangan sampai tertangkap dan dibelasah separuh nyawa pastu nk claim yang memukul tu tak berperikemanusiaan plak ye.

Peringatan dari jawatankuasa masjid, jika kejadian masih berulang, pihak jawatankuasa mungkin terpaksa melakukan solat Hajat demi memelihara harta masjid yang merupakan harta muslimin muslimat sekalian.